Friday, March 4, 2011

Hari Jumaat..

Hari ni hari jumaat..selalunya org akan pilih warna hijau pd diri diorang(bukan warna baju ke hape, tapi self color la..) klu tak caye tgk, ramai yg pakai baju kurung, jubah or baju labuh2..yg lelaki pulak mesti pakai baju melayu sepasang,siap songkok tinggi ala2 senget lagi you.. baju raya la tuu...takpun baju raihan ke..mengumpat pun kurang, ckp slow motion je..kira everybody akan behave skitla ...sumenya kerana hari jumaat..hari yang paling istimewa dalam islam ,mulia dan dihormati  berbanding hari2 yang lain... 

Ikutkan, kan bagus kalau kita boleh jadikan setiap hari adalah istimewa dan indah macam hari jumaat..Cuma kdg2 kita tak jangka apa yg akan kita hadapi, yelah..manusia ni kan mcm2 ragam, lainla kalau kita dok sorang2 kat hutan ke,kutub utara ke konpem takde sape nak kacau..takde sapa nak tegur..ckp ngan pokok dan aisberg je la..so pandai2la bawak diri masing2..jgn emosional tapi  be profesional..


Disebabkan hari ni jumaat jugak, aku rasa nak share  kata2 hikmah yang menjadi panduan dan pegangan hidup selama ini..

."ORANG YANG IKHLAS ITU SENTIASA TENANG & RIANG GEMBIRA, TIDAK  TIDAK MENYESAL DENGAN APA YANG ADA DAN TIDAK MEMINTA BARANG YANG TIADA "  

Cubalah sebaik mungkin menjadi orang yang ikhlas..hanya diri sendiri yang tahu, sebabnya KEIKHLASAN itu umpama semut hitam yang berjalan di dalam hutan tebal di waktu malam yang gelap pekat..mungkin agak susah tapi percayalah, disebaliknya ada pahala yang kita tak nampak, dan mungkin tak terasa kerana ianya menjadi rahsia Allah SWT...

p/s: Utk orang yg keje or sekolah..hari jumaat ni best sebab esok kan hari sabtu...so esok cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...yeaaa..opss!..behave skit...

No comments:

Post a Comment